RPH-Aktiviti Riadah

Rancangan Pengajaran Harian 4:

Hari : Isnin                              Tarikh : 8 April 2011                           Tahun : 2A                              Bil Pelajar : 29 orang
Mata pelajaran :  Bahasa Melayu       
Tema : Unit 4: Badan Sihat Minda Cergas
Tajuk : Beriadah Untuk Kesihatan
Hasil pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat :
                                                                            i.            Menyebut aktiviti berdasarkan gambar
                                                                          ii.            Menyenaraikan 2 langkah keselamatan yang perlu diambil semasa melakukan aktiviti.
Sistem Bahasa : Kata kerja
Kaedah pembelajaran : Pembelajaran konstektual dan  Pembelajaran konstruktivisme
Alat Bantu Mengajar : MS Power point, pen maker, Buku teks
Nilai : Berhati-hati, menjaga kesihatan diri, menjaga keselamatan
KBKK : Memadankan
Pengetahuan sedia ada : Muird-murid dapat menyenaraikan 2 cara menjaga kesihatan.


Langkah / masa
Aktiviti Pengajaran
Impak / Catatan
Set Induksi
( 5 minit )
1.      Guru memimpin murid menyanyi  lagu “Saya Suka Hati”.
2.      Guru mengajar murid bergerak mengikut seni kata.
3.      Guru menyuruh murid menyanyi  sambil bergerak mengikut seni kata.
4.      Guru mengaitkan isi kandungan pelajaran pada hari dengan set induksi.
Strategi/ Teknik:
Penyoalan seluruh kelas menggunakan benda maujud.
Langkah 1
(10minit)
1.      Guru mempamerkan gambar aktiviti –aktiviti beriadah dengan menggunakan Ms. Power Point.
2.      Guru membimbing murid mengeja perkataan berdasarkan gambar.
3.      Guru memberi pujian kepada murid-murid yang mengeja dengan sebutan yang betul .
4.      Guru menyuruh murid menyebut aktiviti berdasarkan gambar.

Strategi/ Teknik:
Sumbang Saran
Langkah 2
(10minit)
1.   Guru menyenaraikan langkah keselamatan satu demi satu.
2.   Guru meminta murid membaca langkah keselamatan dengan sebutan dan intonasi yang betul.
3.   Guru menjelaskan maksud langkah keselamatan dan memberi contohnya.
4.   Guru menegaskan bahawa murid-murid mesti mematuhi langkah-langkah keselamatan semasa menjalankan aktiviti beriadah.

Strategi/ Teknik:
Kontekstual dan Konstruktivisme
Langkah 3
(10minit)
1.      Guru menyuruh murid membaca sekali lagi aktiviti beriadah yang baru dipelajari.
2.    Guru memaparkan slaid yang mempunyai gambar aktiviti beriadah.
3.    Guru meminta murid  menamakan aktiviti beriadah berdasarkan gambar dengan menyebut ejaan yang betul.
4.     Guru memberi pujian kepada murid-murid yang menjawab soalan dengan betul manakala memberi dorongan dan bimbingan kepada murid yang lemah.
Strategi/ Teknik:
Penyoalan seluruh kelas menggunakan benda maujud.
Langkah 4
( 15minit )
1.      Guru mengedarkan  lembaran kerja kepada murid-murid.
2.      Guru memberi tempoh masa selama 8 minit kepada murid-murid untuk  menyiapkan lembaran kerja.
3.      Guru membincangkan jawapan dengan murid-murid.
Strategi/ Teknik:
Perbincangan
Penutup
(5minit)
1.      Guru membimbing murid-murid membuat kesimpulan tentang isi pelajaran hari ini.
2.      Guru memimpin murid menjalankan senaman aerobik dengan iringan lagu..
3.      Guru menasihati murid supaya selalu menjalankan aktiviti beriadah untuk menyihatkan badan.
Strategi/ Teknik:
Sumbang Saran