RPH - Kumpulan Makanan


Rancangan Pengajaran Harian  2:

Hari : Isnin                              Tarikh : 6 April 2011                          
Tahun : 2A                              Bil Pelajar : 29 orang
Mata pelajaran :  Bahasa Melayu       
Tema : Unit 4:  Badan Sihat Minda Cerdas
Tajuk : Makanan untuk kesihatan
Hasil pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat :
                                                                            i.            Menyatakan kepentingan makanan berkhasiat.
                                                                          ii.            Menyenaraikan makanan mengikut kumpulan
Sistem Bahasa : Kata Nama
Kaedah pembelajaran : Pembelajaran konstektual dan  Pembelajaran konstruktivisme
Alat Bantu Mengajar : Benda maujud, buku teks, pen maker, papan putih
Nilai : Menjaga kesihatan diri
KBKK : Mengelaskan
Pengetahuan sedia ada : Murid-murid menyatakan kepentingan makan makanan seimbang.

Langkah / masa
Aktiviti Pengajaran
Impak / Catatan
Set Induksi
( 5 minit )
1.      Guru mempamerkan benda-benda maujud lalu meminta murid menamakan benda-benda maujud tersebut.
2.      Guru menggalakkan murid-murid mengambil makanan seimbang pada setiap hari.
3.      Guru mengaitkan isi kandungan pelajaran pada hari dengan set induksi.
Strategi/ Teknik:
Penyoalan seluruh kelas menggunakan benda maujud.
Langkah 1
(10minit)
1.      Guru menyuruh murid-murid mengelaskan makanan berprotein daripada benda-benda maujud yang telah dipelajari pada pelajaran yang lepas.
2.      Guru memberi pujian kepada murid-murid yang menjawab soalan dengan betul manakala memberi dorongan dan bimbingan kepada murid yang tidak dapat mengelaskan makanan berprotein.
3.      Guru menjelaskan bahawa makanan berprotein  perlu dilebihkan.

Strategi/ Teknik:
Sumbang Saran
Langkah 2
(10minit)
1.      Guru mempamerkan garam dan gula untuk  dirasai oleh murid-murid.
2.   Guru menjelaskan makanan bergaram dan bergula tidak baik untuk kesihatan.
3.   Guru menegaskan bahawa makanan bergaram dan makanan bergula perlu dikurangkan.
Strategi/ Teknik:
Kontekstual dan Konstruktivisme
Langkah 3
(10minit)
1.     Guru menyanyikan lagu "Hari Jadi" bersama murid.
2.     Guru bersoal jawab dengan murid tentang makanan yang dihidangkan semasa jamuan hari jadi.
3.     Guru menerangkan makanan berlemak dan minuman berkarbonat akan menjejaskan kesihatan kita dan menyebabkan obesiti.
4.     Guru mengingatkan murid-murid supaya kurangkan makanan berlemak dan minuman berkarbonat.
Strategi/ Teknik:
Penyoalan seluruh kelas menggunakan benda maujud.
Langkah 4
( 15minit )
1.      Guru membahagikan murid-murid kepada 5 kumpulan lalu memberikan lembaran kerja kepada murid-murid.
2.      Guru menjelaskan cara melengkapkan jadual mengikut kategori.
3.      Guru memberi tempoh masa selama 5 minit kepada murid-murid berbincang dalan kumpulan masing-masing untuk  menyiapkan lembaran kerja.
4.      Guru membincangkan jawapan dengan murid.
Strategi/ Teknik:
Perbincangan
Penutup
(5minit)
1.      Guru membimbing murid-murid membuat kesimpulan tentang isi pelajaran hari ini.
2.      Guru menunjukkan kotak KFC serta Mc Donald dan meminta murid menyatakan kandungan makanannya.
3.      Guru bertanya kepada murid adakah KFC dan Mc Donald berkhasiat kepada badan kita.
4.      Guru menasihati murid supaya kurangkan makanan bergaram, bergula, berlemak dan minuman berkarbonat serta lebihkan makanan berprotein.
Strategi/ Teknik:
Sumbang Saran