RPH-Penjodoh Bilangan

Rancangan Pengajaran Harian 3:

Hari : Isnin                              Tarikh : 7 April 2011                          
Tahun : 2A                              Bil Pelajar : 29 orang
Mata pelajaran :  Bahasa Melayu
Tema : Unit 4: Badan Sihat Minda Cergas
Tajuk : Rahsia Kesihatan Badan
Hasil pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat :
                                                                            i.            Menyebut penjodah bilangan yang betul berdasarkan gambar.
                                                                          ii.            Menyenaraikan 5 penjodoh bilangan yang dipelajari.
Sistem Bahasa : Penjodoh bilangan
Kaedah pembelajaran : Pembelajaran konstektual dan  Pembelajaran konstruktivisme
Alat Bantu Mengajar : Gambar, kad perkataan, marker pen, buku teks
Nilai : Keserdehanaan, rasional
KBKK : Memadankan
Pengetahuan sedia ada : Muird-murid dapat menyebut nama benda dalam gambar.


Langkah / masa
Aktiviti Pengajaran
Impak / Catatan
Set Induksi
( 5 minit )
1.      Guru meminta murid meneliti gambar yang terdapat dalam buku teks.
2.      Guru bertanya kepada murid tentang penggunaan penjodoh bilangan bagi makanan.
3.      Guru  kaitkan makanan dengan tajuk hari ini iaitu “Penjodoh Bilangan”.

Strategi/ Teknik:
Penyoalan seluruh kelas menggunakan lagu.
BBM: Buku teks
Langkah 1
(10 minit)
1.      Guru menerangkan makna penjodoh bilanagn serta memberi contoh-contoh yang relevan.
2.      Guru mempamerkan kad perkataan yang tertulis penjodoh bilangan , iaitu:
                    i.            biji
                  ii.            ekor
                iii.            pinggan
                iv.            keping
                  v.            gelas
3.      Guru menerangkan maksud setiap penjodoh bilangan yang ditunjukkan tadi.
4.      Guru meminta murid membaca penjodoh bilangan tersebut.
5.      Guru meminta murid memberi contoh-contoh makanan yang sesuai berdasarkan penjodoh bilangan yang diajar.

Strategi: Kontekstual dan konstruktivisme.
BBM: Buku teks
Langkah 2
(10minit)
1.   Guru mengagihkan murid kepada 5 kumpulan.
2.   Guru menyedarkan gambar-gambar makanan kepada setiap kumpulan.
3.   Guru menuliskan penjodoh bilangan tersebut di atas papan putih.
4.   Guru meminta murid memadankan makanan penjodoh bilangan yang betul.
5.   Guru meminta wakil dari setiap kumpulan memaparkan gambar makanan pada ruangan yang betul.
6.      Guru mengadili jawapan murid dan memberi peneguhan positif kepada murid.

Strategi: Kontekstual dan konstruktivisme.
BBM: Buku teks
Penutup
(5minit)
1.      Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid.
2.      Guru meminta murid menjawab soalan berdasarkan penjodoh bilangan yang diajar.
3.      Guru memberi bimbingan kepada murid yang lemah.

Strategi: Penyoalan
BBM: Lembaran kerja



Refleksi
Rancangan Pengajaran Harian 3

1.      Kelemahan Rancangan Pengajaran Harian 3
Saya mendapati bahawa set induksi kami kurang menarik. Ini kerana strategi pengajaran yang digunakan adalah terus diambil dari buku teks. Pembinaan konsep murid hanya melalui gambar grafik atau buku teks adalah tidak mencukupi. Selain itu,  pada langkah penutup, aktiviti ( lembaran kerja ) yang dijalankan kurang memuaskan kerana kesuntukan masa.

2.      Bisikan hati/ emosi/ perasaan
Oleh sebab set induksi saya kurang menarik, emosi murid terganggu dan mereka belum bersedia dengan  sepenuhnya untuk menerima pengajaran guru. Murid-murid kurang menumpukan perhatian terhadap pengajaran yang kami sampaikan.

3.      Kefahaman baru/ kesedaran
Saya sedar bahawa anak murid harus diberikan contoh yang dapat merangsangkan pemikiran mereka untuk mencetuskan idea murid. Saya sedar bahawa anak murid  perlu diberikan arahan yang nyata sebelum mereka disuruh untuk melakukan sesuatu tindakan. Di samping itu, saya juga sedar bahawa konteks pengajaran dan pembelajaran harus diulangi dalam langkah-langkah tertentu dalam rancangan untuk mengukuhkan pembelajaran murid.



4.      Cadangan
Saya harus menggunakan strategi pengajaran lain yang lebih menarik seperti nyanyian dan kuiz dalam set induksi agar dapat menimbulkan minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.  Pada penutup aktiviti pengajaran dan pembelajaran, Saya harus memperuntukkan masa yang lebih supaya aktiviti yang dijalankan itu dapat dijalankan dengan lancar. Selain itu, saya boleh menggunakan benda maujud untuk membina konsep murid terhadap isi kandungan yang disampaikan. Justeru itu, anak murid saya akan lebih cepat menangkap sesuatu gambaran atau konsep dengan tepat. Saya juga harus melatih anak murid kami untuk membuat pemerhatian dengan teliti terhadap gambar yang diperhatikan. Saya harus membimbing mereka untuk memfokuskan kepada isi penting yang hendak dibawa.

5.      Tindakan
Saya akan merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran saya yang baru dengan menggunakan cadangan yang kami cadangkan di atas untuk memperbaiki kelemahan rancangan pengajaran dan pembelajaran ini. Saya akan menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya dan memberi penekanan kepada pemerhatian respon anak murid saya supaya dapat mencapai hasil pembelajaran yang dihasratkan pada tahap optimum. Saya akan berinteraksi dengan anak murid saya untuk mengetahui perasaan dan pendapat  mereka bagi tujuan pemahaman konteks.